Bina Kedai Online

(Klik banner untuk ke laman web)


Keperluan NiagaKit

NiagaKit merupakan satu Tema Wordpres yang digunakan oleh platform perisian percuma iaitu WordPress. Secara ringkas, jika anda ingin menggunakan NiagaKit maka anda perlu:

  1. Anda tahu untuk menggunakan Internet atau sekurang-kurangnya tahu bagaimana ingin menghantar dan membalas emel. Jika anda juga mengetahui sedikit asas HTML adalah lebih bagus. Walaubagaimanapun kami telah cuba untuk mengurangkan bahagian yang memerlukan kemahiran tersebut.
  2. Mempunyai talian Internet yang tetap dimana anda boleh sentiasa memantau tempahan daripada pelanggan.
  3. Mempunyai semangat untuk belajar perkara baru kerana anda bakal menggunakan sesuatu yang baru.

Anda tidak perlu risau bagaimana untuk membina kedai online, mereka bentuk Header, membeli domain dan hosting kerana pihak kami akan melakukannya bagi pihak anda tanpa sebarang caj tambahan. Kami sedaya-upaya membantu anda untuk memiliki kedai online sendiri tanpa anda perlu pening kepala.


Soalan Lazim

Di sini kami menyenaraikan beberapa soalan yang kerap ditanya oleh pelawat berkenaan NiagaKit. Antaranya:

Apakah Yang Saya Akan Dapat Setelah Membuat Pembayaran?

Selepas anda membuat pembayaran, anda akan dihubungkan dengan designer kami bagi mereka bentuk header anda sehingga puas hati. Sementara itu, kami akan membeli nama domain dan hosting bagi pihak anda. Setelah Header anda telah siap, maka kami akan terus membuat kedai online anda mengikut warna Header tersebut. Secara ringkas, anda akan mendapat satu kedai online yang telah siap dan hanya menunggu untuk anda masukkan produk.

Adakah Saya Perlu Membayar Wang Lagi Selepas Ini?

Selepas ini iaitu selepas genap setahun daripada tarikh yang anda beli NiagaKit, anda hanya perlu membayar RM100 sahaja setiap tahun untuk kos hosting dan domain.

Saya Mempunyai 3 Website, Jadi Bolehkah Saya Menggunakan NiagaKit Bagi Website-Website Lain?

Maaf NiagaKit hanya dibenarkan bagi satu website sahaja. Jika anda mempunyai 3 website maka anda dikehendaki membeli 3 unit NiagaKit. Namun, harga bagi kali kedua dan seterusnya adalah lebih murah. Anda perlu berbincang dengan pihak kami terlebih dahulu.

Boleh Saya Membuang Link Di Footer?

Anda tidak dibenarkan sama-sekali membuang link ke NiagaKit di footer kedai online anda.

Kenapa anda kenakan kos yang sangat mahal sedangkan wordpress hanyalah satu perisian yang percuma?

Kami telah mempunyai ramai pelanggan dan mereka mengatakan NiagaKit adalah sangat murah dan berbaloi untuk dimiliki. Walaupun sistem wordpress percuma namun bukan sebarangan orang boleh membuat kedai online menggunakan wordpress dan harga yang dikenakan adalah untuk support, domain + hosting, reka bentuk Header dan banyak lagi.

Boleh Saya Meminta Pulangan Wang Jika Saya Tidak Berpuas Hati?

Bila berbicara soal kepuasan hati maka agak susah kami untuk memuaskan hati semua pihak. Lagipun jika terpaksa memulangkan wang pihak kami mengalami kerugian kerana kami memerlukan kos bagi setiap unit kedai online yang dihasilkan. Oleh kerana beberapa sebab berikut, maka kami tidak mengamalkan polisi pulangan wang.

Bantuan & Khidmat Nasihat

Sekiranya anda pembeli Niagakit, kami telah menyediakan satu ruangan forum untuk anda mangajukan masalah & pandangan di ruangan tersebut. Forum ini khas untuk perbincangan semua pengguna Niagakit.

Sebarangan pertanyaan lanjut sila hubungi kami di pautan Hubungi.


(Klik banner untuk ke laman web)

1 comment:

NNOsman said...

Serious ke iklan ni ??? Isshhh korang jgn tertipu ahhh...aku tau kalau dah ada website sendiri mmg ia akan menjadi salah satu cara buat duit paling cepat . Memang betul. Tapi aku skeptikal sikit dgn niagakit ni..kalau korang betul2 nak buat website guna wordpress je la...versi yang free pun ada ...tak yah lah nak niagakit2 sgt..ntah2 diaorg pun guna wordpress buat website korang..