FAQ

Walaupun di laman utama, aku menerangkan segala-galanya dengan konsep tanya-dan-jawap, aku pasti tentu anda ada soalan tambahan.

1. Saya masih tidak faham kenapa percuma. Tidak mungkin ada manusia sanggup buat segala-galanya secara percuma.
Ya. Ini memang non-profitable page. Aku juga ahli dan mendapat faedah dari situ. Aku promosikan URL aku dan URL aku juga ada di widget tepi laman utama ini. Itu sahaja. Aku mempunyai kerja tetap yang aku puas hati, blogging dan bisnes internet sekadar suka-suka. Anda kajilah sejauh mungkin dan tanya lah sebarang soalan untuk memerangkap aku, jika anda rasakan aku akan mengaut keuntungan dengan laman ini. Ajukan soalan di bahagian komen dibawah. Aku akan jawap untuk memastikan sememangnya ini laman tidak berlandaskan keuntungan.

2. Apa untungnya menyertai laman ini?
Aku berharap laman ini akan menjadi medium pengiklan popular yang percuma. Link ke URL anda akan dipaparkan di bahagian tepi laman ini yang akan dipromosikan oleh orang lain. Kita berkongsi visitor, berkongsi trafik dan yang penting berkongsi keuntungan. Insyaallah.

3. Apa jaminan anda tidak akan mengeksploitasi trafik laman ini untuk keuntungan peribadi anda.
Tiada jaminan yang aku boleh berikan. Cuma aku berjanji aku tidak akan bertindak sedemikian dan aku berikan butir peribadi aku untuk menyakinkan anda. Anda boleh buat apa sahaja kepada aku jika aku mungkir janji.

4. Saya rasa idea ini sangat bernas, saya ingin menirunya.
Silakan. Aku teramat suka jika kita boleh memperbanyakan laman sebegini untuk ‘melawan’ gergasi medium pengiklan. Cuma tolong beretika dan jangan mungkir janji. Jangan lupa hantarkan alamat laman anda kepada saya, kita berkongsi usaha.

5. Saya ingin mengubah kandungan URL saya, bagaimana?
Aku tidak menggalakkan anda mengubahnya. Ia menyukarkan aku untuk cari posting anda dan buat sebarang perubahan. Lebih baik anda buat URL baru. Tapi jika terpaksa, hubungi aku di popiah.net@gmail.com.

6. Popiah.Net down. Tidak boleh buka.
Terdapat 2 kemungkinan. Blogger.com down atau domain aku down. SMS segera kepada aku agar aku boleh rectify masalahnya.

7. Berapa lama Popiah.Net akan berada didunia internet?
Selagi aku mampu untuk menjaganya. Jika aku tidak mampu, aku akan cuba mencari pengganti dan jika masih gagal aku akan maklumkan kepada semua.

8. Saya ingin buat JV, interview atau memberikan idea.
Terima kasih. Panjang niat anda ke popiah.net@gmail.com. Dengan tajuk email yang bersesuaian.

9. Saya tiada apa-apa untuk diiklan, boleh ke saya jadi ahli?
Ya, anda boleh isikan content di laman anda dengan gambar, cerita, atau apa sahaja. Kemudian bantulah kami semua dengan promosikan URL anda.

10. Mungkinkah anda akan meminta bayaran untuk servis ini dimasa hadapan?
Mungkin. Tetapi ianya mungkin untuk sebarang servis tambahan. Anda tidak akan diwajibkan untuk membayar. Sekadar untuk menguploadkan contect ahli baru, tidak akan ada apa-apa bayaran. Itu sebahagian dari janji aku.

11. Saya ada aktiviti kebajikan untuk dipromosikan.
Sila hantarkan butir aktiviti dan pautan ke laman tersebut ke email aku. Tolong bersikap jujur dan pastikan ianya 100% aktiviti kebajikan.

12. Saya ada banyak lagi soalan hendak diajukan.
Jika anda ingin berkongsi dengan orang lain soalan tersebut, hanya tinggalkan soalan itu dibahagian komen dibawah. Aku akan cuba jawap sebaik mungkin. Jika soalan peribadi, sila email aku.


Disini: What?

Disini: How?

Disini: Why?

Disini: Who?


No comments: