How?

Untuk menjadi ahli komuniti Popiah.Net, anda hanya perlu hantarkan (email) kepada aku apa-apa content untuk dijadikan 'posting' blog ini. Aku akan upload content tersebut dan berikan URL peribadi anda (www.popiah.net/tarikh/tajuk.posting). Promosikan URL tersebut. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

URL milik anda akan dipaparkan dibahagian tepi laman Popiah.Net. Dibawah widget 'Label' dan 'Archive'.

Kerana Popiah.Net dihostkan secara percuma di blogger.com, adalah lebih mudah jika anda mengikut langkah dibawah. Ini bukanlah syarat wajib, sekadar memudahkan aku untuk mengupload.

  1. Masuk akaun blogspot anda.
  2. Create new post, bina posting anda.
  3. Lihat hasilnya dengan klik post dan view post.
  4. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, klik html code posting tersebut.
  5. Copy keseluruhan code.
  6. Emailkan code tersebut kepada aku di popiah.net@gmail.com dengan title email “Ahli Baru”
  7. Sertakan pilihan username anda yang juga akan menjadi tajuk posting anda.
  8. Berikan aku 1-2 hari dan aku akan uploadkan di laman popiah.net.
  9. Aku akan emailkan kembali kepada anda URL peribadi anda.
  10. Promosikan URL anda.

Anda boleh search di google panduan menggunakan blogspot jika anda tidak mahir. Jika anda tidak mempunyai akaun blogspot, tidak mahu membuka atau tidak tahu membuka akaun baru, anda boleh:
1. Emailkan kepada aku apa sahaja html code yang anda bina menggunakan apa sahaja software pilihan anda.
2. Emailkan apa sahaja bahan promosi anda. Kata-kata, gambar, banner, clip youtube. Apa sahaja yang dirasakan sesuai.

Tetapi aku tidak jamin hasilnya seperti yang anda inginkan.

* Pastikan gambar, banner atau video anda dihostkan di mana-mana dan mengikut saiz yang dirasakan sesuai untuk dipaparkan di Popiah.Net.

* Sertakan pilihan 'labels' atau kategori yang sesuai untuk posting anda.

* Jika anda mahu username anda berbeza dengan tajuk posting, sila beritahu aku, aku akan usahakan.

Kandungan atau content URL anda adalah pilihan anda sendiri, tetapi aku terpaksa menetapkan beberapa syarat yang aku rasakan logik dan reasonable.

  1. Tiada promosi kepada aktiviti tidak sihat, lucah melampau, jenayah, racist atau link ke laman sebegitu.
  2. Tiada unsur politik yang extreme dan link ke laman sebegitu.
  3. Kandungan URL anda tidak boleh sebarang tulisan yang tidak bermakna seperti ini. [ ndfkjhweopifjncmsndchndcjnsdkjcnjksdhc ]

Secara mudahnya aku harapkan kandungan yang serius, bermutu dan tiada sebarang kandungan yang membolehkan aku dipenjara atau disaman.

Dengan menghantar content kepada aku, secara automatiknya anda bertanggungjawap keatas segala kandungan laman tersebut.

Perhatian:
Jika anda melihat sebarang unsur diatas didalam mana-mana URL popiah.net, sila maklumkan kepada aku. Agar aku boleh delete posting tersebut.


Disini: What?

Disini: Why?

Disini: FAQ

Disini: Who?