Why?


Kenapa aku menghasilkan laman web ini?

  1. Aku sedar kepentingan iklan kepada ramai pemilik laman web samaada blogger atau peniaga.
  2. Aku fed-up dengan medium pengiklan yang meminta bayaran beribu-ribu ringgit untuk mempromosikan iklan. Tidak kira laman web berita, blog, hiburan atau apa sahaja. Kesemunya berlandaskan keuntungan yang berlebihan kepada pemilik laman. Aku percaya pengiklan ‘dibuli’ oleh pemilik laman web yang bertraffik tinggi.
  3. Aku yakin konsep perkongsian seperti ini berupaya menewaskan ‘nama-nama besar’ dalam bidang medium pengiklanan


Kenapa percuma?

  1. Aku tidak mahu menjadi salah seorang dari golongan yang aku sendiri benci, seperti aku nyatakan diatas.
  2. Aku tidak mengeluarkan modal yang besar, cuma domain (RM50.00) dan kesemua content laman ini dihostkan di blogger.com (percuma).
  3. Aku tidak meluangkan masa yang lama untuk mengupdate kandungan daripada ahli baru, hanya buka akaun blogger aku dan beberapa klik untuk mengupload.
  4. Aku tidak menjalankan apa-apa aktiviti untuk mempromosikan laman utama ini. Aku sendiri hanya mempunyai URL aku (www.popiah.net/tarikh/username-pilihan-aku) yang aku promosikan dengan cara aku sendiri. Aku juga seorang ahli biasa.

* Aku tidak nyatakan URL aku, tidak adil rasanya, sebab didalam URL tersebut ada link ke profitable page aku.)


Kenapa popiah?


Aku suka makan popiah dan aku rasa ramai orang juga suka. Inti atau kandungan popiah juga ada pelbagai resipi. Sayuran, telur, ayam, udang, bawang, cili, etc.

Itulah harapan aku, popiah.net akan disukai ramai dan kandungannya cukup variety dan flexible.


Disini: What?

Disini: How?

Disini: FAQ

Disini: Who?